(GAMBAR) ZIZIE EZETTA & SUAMI, BUNG MOKHTAR JALAN-JALAN DI AMSTERDEM, MEXICO & LOS ANGELE
No comments
By Unknown
Seronoknya melihat gambar yang dikongsikan oleh Zizie Ezette di akaun Instagramnya baru-baru ini. Mana tidaknya, kesemua 3 tempat iaitu Amsterdam, Mexico dan Los Angeles yang dilawatinya memang menarik untuk dikunjungi. Tambah seronok apabila ada suami tercinta, Bung Mokhtar di sisi menemani. Kiranya “honeymoon” lagi sekali.
SM perhatikan Zizie Ezette sejak bergelar isteri ini memang makin berseri-seri. Kulit wajahnya yang licin makin licin. Beruntung Bung Mokhtar dapat isteri yang menitikberatkan kecantikan. Kalau tak tahu dah kahwin, mesti ramai yang anggap Zizie Ezette ini masih anak dara.
Mana tahu hasil perjalanan kali ini akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Sama-samalah kita doakan.
Jom layang beberapa keping lagi gambar menarik Zizie Ezette:-





Related posts
Share this post
0 comments:
Post a Comment