Hanez Suraya Tak Takut Dengan Hukum Karma

Posted in
No comments
By Unknown


Pelakon popular yang kini terpalit dengan kontroversi rampas suami orang, Hanez Suraya atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz tidak gentar dengan apa yang akan berlaku selepas beliau bercinta dengan hak orang lain.

“Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.
“Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu,” katanya.
Dalam pada itu, kekasih kepada Hanez Suraya menyatakan kontroversi yang berlaku sekarang ini sekali-kali tidak akan mengubah fikirannya untuk mengahwini Hanez Suraya pada masa akan datang.
“Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).
“Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.
“Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan,” ujarnya.

Related posts

0 comments:

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat.

Proudly Powered by Blogger.