[TERKINI] KETUA GANGSTER MELAYU DICEKUP

Posted in
By Unknown



Ops Cantas Khas yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lebih dua minggu lalu tidak menyasarkan kaum tertentu sahaja sebaliknya ia adalah usaha serius bagi mengesan penjenayah dan ahli kumpulan haram.


Dakwaan kononnya PDRM menyasarkan tangkapan terhadap kaum tertentu tidak berasas sama sekali. Ini dibuktikan apabila daripada 4,626 tangkapan yang dilakukan, 2,581 orang adalah penjenayah Melayu, 715 orang Cina dan 1,146 India.

Bangsa Jumlah
Melayu 2, 581
India 1, 146
Cina 715

(Jumlah tangkapan sepanjang OPS CANTAS oleh pasukan polis)

Sementara itu, di Klang, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor memberkas seorang ketua kumpulan kongsi gelap Melayu yang mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam operasi khas itu, pihak polis turut merampas beberapa pucuk senjata api dan peluru.
Pihak polis dijangka akan membuat tangkapan susulan berikutan tertangkapnya ketua kongsi gelap itu.

Justeru, kerja keras oleh pasukan polis mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada PDRM yang dicemuh dan dikritik berikutan berlaku banyak kejadian pembunuhan, tembakan, jenayah kekerasan, jenayah harta benda, jenayah indeks dan pelbagai jenayah lain.

Oleh itu, usaha penghapusan jenayah oleh PDRM merupakan kerja yang harus diberi pengiktirafan, walaupun masih tidak mencukupi dan perlu dilakukan secara berterusan. Tahniah PDRM!

Related posts

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat.

Proudly Powered by Blogger.