TIDAK JADI SAMAN, HANEZ SURAYA SEDIA JUMPA NURLIYANA BINCANG SECARA BAIK?
Posted in artis, Isu semasa
No comments
By Unknown
Apa sudah jadi? Semasa sidang media bukan main lagi ‘gertak’ mahu saman sekiranya isteri kekasihnya, Nurliyana Abd Manan enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka. Tiba-tiba dalam laporan berita hari ini, Hanez Suraya berkata dia tidak jadi mengambil tindakan mahkamah dan akur dengan keputusan Nurliyana.
Memetik sumber mStar Online dan myMetro,
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, juga enggan
mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan
menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak. Hanez
juga berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut
tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya
supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.

“Terpulang kepada dia
(Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga
tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya. Saya tidak kisah
jika dia tidak mahu minta maaf. Jika dia ingin berbincang secara baik,
saya bersedia untuk berjumpa dengannya dan menyelesaikan isu ini secara
profesional,” katanya.
“Pada tahap ini saya rasa tidak
perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan
secara tertutup. Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan
bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur
tentang urusan rumah tangga mereka berdua,” katanya.
Sementara itu, Hanez berkata, dia ada
membaca komen daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada
sidang akhbar yang diadakan. Hanez berkata, dia tidak menyalahkan
mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan
memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian.
“Saya tidak tertekan cuma sedih
kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan
kata-kata kurang enak. Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu
kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan
dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan
negatif,” ujarnya.
Menurut Hanez kagi, dia juga berasa lega
selepas membuat sidang media kelmarin untuk menjelaskan situasi sebenar
yang berlaku itu.
p/s: Bagaimana Hanez boleh lega selepas
sidang media, sedangkan apa yang diperkatakannya ketika itu sebenarnya
sudah makan diri sendiri… Pelik tapi benar…
Related posts
Share this post
0 comments:
Post a Comment