HOT! SAYA HANYA SUKA TIDUR DENGAN SUAMI ORANG

Posted in
No comments
By Anonymous


Malah, setiap ciri-ciri lelaki yang ingin dijadikan sebagai pasangan hidup

juga sentiasa diletakkan sebagai rencah utama dalam mengukur lengkapnya

satu-satu hubungan percintaan itu.





Ramai gadis dan wanita di luar sana lebih gemar memilih lelaki bujang

sebagai pasangan hidup mereka.

Berbeza bagi wanita yang berasal dari Utara London, Dee Jones, 33, dia

hanya berminat untuk mempunyai ‘hubungan’ dengan lelaki yang berstatus

suami orang atau yang sudah berkahwin!

Sejak tiga bulan lalu, wanita yang bergelar akauntan itu langsung tidak

menyesal mempunyai gaya hidup sebagai seorang ‘playgirl’ sebaliknya,

gembira kerana hidupnya dipenuhi dengan kemewahan yang diberikan

oleh pasangan sementaranya.




Tujuan Dee mencari pasangan yang berstatuskan suami orang adalah

kerana ingin membantu lelaki-lelaki yang mempunyai masalah hubungan

sama ada secara zahir atau batin dengan isteri mereka.







Bagi Dee, isteri-isteri bagi setiap lelaki yang pernah mejadi pasangan

dirinya patut berterima kasih kepadanya kerana telah membantu mereka

dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.




“Tiada apa-apa yang salah dengan apa yang saya lakukan. Saya hanya

membantu setiap lelaki yang mempunyai masalah dengan isteri mereka

dan apabila mereka selesai bertemu saya, mereka akan bahagia dan

tenang pulang ke rumah untuk berjumpa dengan isteri mereka sendiri.

Jadi, saya me

mberikan emosi yang baru setelah berasa bosan dengan

isteri sendiri,” kata Dee seperti dalam Daily Chilli.




Dee seboleh mungkin akan mencuba mempunyai beberapa hubungan

dengan beberapa suami orang dan akan bergilir-gilir berjumpa dengan ‘

pasangan-pasangannya’ sehinggalah kepada memberikan hubungan seks.

Setiap kali berjumpa atau bertemu janji, pasangan Dee akan membawanya

ke restoran mahal, membeli-belah di pusat membeli-belah yang mahal

atau menghadiahkan wanita itu beberapa barang yang mahal.



Selepas selesai dengan tugasnya, Dee akan terus memutuskan hubungan

dengan lelaki tersebut tanpa sebarang komunikasi melalu telefon, emel

atau temujanji lagi dan mencuba mencari pasangan yang lain.




Bagi wanita itu, dia lebih menggemari hubungan seperti ini kerana lebih

mencabar dari hubungan yang kosong dengan lelaki yang masih bujang.




“Saya hanya inginkan kegembiraan dan rasa seronok,” katanya.




Bagaimanapun, sepanjang beberapa hubungan yang Dee jalinkan,

kebanyakan hubungannya langsung tidak melibatkan perasaan kasih

dan sayang dan perasaan menolong sahaja yang diwujudkan dalam

hatinya.

Related posts

0 comments:

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat.

Proudly Powered by Blogger.