PADAH!! GAMBAR BOGEL GADIS DISEBAR TEMAN LELAKI BARU
Posted in Isu semasa
No comments
By Anonymous
PADAH!! GAMBAR BOGEL GADIS DISEBAR TEMAN LELAKI BARU | Seorang
remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar
gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila
dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
Tidak cukup
dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan
akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.
Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.
Bagaimanapun
menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman
lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar
bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.
“Pada mulanya
suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar
simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian
kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.
“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.
Bimbang dengan
ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum
bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.
Bagaimanapun
suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk
mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa
menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.
“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.
“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.
Jelas sumber
lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu
lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan
membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin
memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian
berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.
Related posts
Share this post
0 comments:
Post a Comment