Pelajar Tingkatan 3 Hamil Selepas Berasmara Dengan Teman Lelaki
Pelajar Tingkatan 3 Hamil Selepas Berasmara Dengan Teman Lelaki
Keseronokan seorang gadis lakukan hubungan seks dengan teman lelakinya
kira-kira enam bulan lalu berakhir apabila hasil persetubuhan haram itu
menyebabkannya yang masih belajar di tingkatan tiga itu bakal bergelar ibu
apabila disahkan hamil lima bulan.
Tindakannya menyembunyikan kandungan semakin membesar daripada ibu
bapanya gagal sekali gus membongkar rahsia perlakuan seks pelajar itu dengan
teman lelakinya berusia 18 tahun dipercayai dilakukan atas kerelaannya.
Sumber berkata, terkejut mendengar pengkuan mangsa melakukan hubungan
seks dengan teman lelakinya, ibu pelajar terbabit memaksa mangsa membuat
laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemamaman kira-kira
jam 4 petang, kelmarin.
Katanya, mangsa mendakwa dirogol lelaki dikenalinya dalam kereta milik lelaki
terbabit sewaktu berehat di sebuah kawasan sunyi di Pengkalan Sir, dekat
Chukai.
“Mangsa yang ketakutan selepas rahsia kandungannya terbongkar hanya
mengingati kejadian itu berlaku pada waktu malam kira-kira enam bulan
lalu ketika bersama lelaki terbabit di kawasan berkeknaan,” katanya.
Menurutnya, peristiwa enam bulan lalu itu berlaku apabila mangsa dikatakan
keluar dari rumahnya di Kampung Mak Chili, untuk bersiar-siar selepas
dijemput teman lelakinya.
Sejurus melakukan hubungan terlarang itu, mangsa yang masih bersekolah di
sebuah sekolah menengah di bandar ini kemudian dihantar pulang lelaki terbabit
ke rumah keluarga pada malam sama.
Ketua Polis Daerah Kemamn, Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan pelajar terbabit. Informasi Dot My
Related posts
Share this post
0 comments:
Post a Comment