Artis Bercium Depan Khalayak Ramai
Posted in artis
No comments
By Unknown
Hubungan cinta artis jelita ini dengan seorang jejaka Cina bukan lagi rahsia, malah mereka sering dilihat berdua-duaan menghadiri beberapa majlis penganugerahan sebelum ini.
Jika sebelum ini artis jelita terbabit sering merahsiakan kekasih hatinya, tetapi sekarang tidak lagi.
Ini bermakna memang sah jejaka Cina itu berjaya memenangi hatinya.
Tahniah! Cuma di sebalik kegembiraan mereka meraikan cinta itu, kita dengar cerita tidak sedap.
Kata beberapa mata yang pernah terserempak dengan pasangan ini, mereka tanpa segan silu rajin benar bercumbu di khalayak umum.
Tanya kita, cumbu yang bagaimana? Kata mereka, berlaga bibir dan lidah.
Oh! bercium.
Namun, sebenarnya cerita artis jelita ini bercium di depan khalayak bukan perkara baru.
Sebelum ini pun ia pernah diperkatakan.
Kata orang yang menyampaikan cerita ini, dia nampak dengan mata kepalanya sendiri sewaktu artis itu dan kekasih hatinya meraikan hari berkasih di sebuah restoran ternama.
Penyampai cerita ini juga berkata, pasangan ini nampak bukan main lagi.
Kalau setakat berpegangan tangan dia masih faham, maklumlah orang dilamun cinta, tetapi sampai bercium di depan puluhan orang tanpa ada rasa malu dan segan ia dianggap melampau, apatah lagi mereka belum bernikah.
Susah juga kita hendak komen lebih, tapi kalau salah tetap salah, apatah lagi mereka bukan muhrim.
Sebagai selebriti dikenali, tentu tindak-tanduk mereka sering diperhatikan.
Walaupun mahu meluahkan rasa kasih dan sayang, biar berpada-pada.
Credits: hmetro.com.my

Related posts
Share this post
0 comments:
Post a Comment