Spritzer Pilihanku
Posted in Isu semasa
No comments
By Unknown
Spritzer.
Siapa yang tak kenal, jenama terkemuka air mineral yang telah menerima
pelbagai award. Pergi mana-mana kedai bersepah orang jual Spritzer. Kira
dah jadi macam jenama no.1 di Malaysia.

Tapi
walau sehebat mana sekalipun jenama itu, tak bermaksud takkan ada
cubaan untuk menjatuhkan mereka. Buktinya, sejak kebelakangan ini ada
satu isu yang kurang enak dah merebak dari satu mulut ke satu mulut. Isu
lama yang kononnya menceritakan tentang sumber air “serapan kubur cina”
yang digunakan oleh kilang Spritzer berikutan lokasinya yang berdekatan
dengan jirat cina (kubur).
Well, bila kali pertama berita ini sampai ke telinga aku, terdetik didalam hati “What?.. Ada lagi isu macam ni?”
Senang
cakap, “Orang kita” terlalu mudah untuk menerima tanggapan negatif yang
disebarkan melalui laman-laman media sosial. Bukan hari ini je, tapi
dah bertahun trend sebegini jadi ikutan.
Tanpa sebarang
kaji selidik, bila ternampak je orang “Share” sesuatu benda yang tak
elok, kita pun secara automatik terus percaya 100%. Sedangkan secara
realitinya kita sendiri tak tahu menahu pun sama ada berita itu sahih
ataupun tidak.
Aduhai.. Punah.. Punah.
Jadi
berbalik kepada isu Spritzer.. jika ditanya aku tentang apa yang sedang
berlaku kepada syarikat pengeluar air mineral Spritzer ini? Jawapan aku
mudah, mereka mangsa keadaan.
Mangsa keadaan dimana
hal-hal yang tidak sepatutnya dipandang secara negatif, diputar belitkan
oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Buktinya,
baru-baru ini aku bersama beberapa rakan blogger yang lain telah
menjejakkan kaki ke kilang Spritzer itu sendiri. Niatnya tak lain tak
bukan, untuk mengenalpasti info yang dah tersebar dan juga lokasi sumber
air yang mereka gunakan. Ini bukan tipu, tapi betul. Gambar aku kesana
ada kat bawah.
Hasil
info dan juga fakta yang diperolehi sepanjang lawatan geng kitorang ke
sana termasuklah penerangan secara ringkas tentang produk-produk
keluaran mereka iaitu air mineral Spritzer, Spritzer Fibre, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Pop, Tinge dan juga produk yang paling tidak disangka iaitu air mineral Mesra (Petronas).
Bagaimana pula dengan lokasi sebenar sumber air?
Haa, part ini part paling menarik untuk aku ceritakan kepada korang.
Seperti
yang telah tersebar ke laman-laman sosial media sebelum ini, khabar
angin mengatakan lokasi kilang Spritzer berdekatan dengan jirat cina.
Yes,
itu memang betul. Satu fakta yang tak boleh dinafikan. Malah jika
diperhatikan daripada gambaran Google Maps dibawah ini sekalipun, lokasi
kilang Spritzer memang jelas kelihatan dekat dengan kubur yang
dimaksudkan. Sekiranya jarak ini diukur menggunakan jalan yang lurus,
mungkin tak sampai 1km kot.
Cuma untuk jarak yang sebegitu dekat, janganlah kita melenting dulu kononnya cerita yang tersebar sebelum ini betul.
Ada dua perkara penting yang patut korang fikirkan juga sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan:

- Kewujudan empangan Lembaga Air Perak dikawasan berhampiran. Nampak kan dalam gambar diatas?
- Hanya kilang pemprosesannya sahaja yang agak dekat. Tetapi tidak bagi sumber airnya. Lihat peta dibawah.
Lokasi
sebenar sumber air adalah lebih jauh berbanding kilang pemprosesannya
sendiri sehinggakan untuk kami sampai ke lokasi pump-house sumber air
tersebut, kami terpaksa manaiki pacuan 4 roda ke dalam kawasan berbukit
yang jaraknya hampir 2 km daripada kilang.
Haa.. faham?
Okay.
Kalau tak faham juga maksudnya disini.. Untuk point yang pertama, jika
korang merasakan sumber air yang digunakan oleh Spritzer telah tercemar
dengan air serapan kubur-kubur cina, jadi fikirkan pula bagaimana dengan
sumber air di empangan Lembaga Air Perak yang juga dikawasan yang sama?
Tak ke turut tercemar?
Point yang kedua, mungkin ada
yang menafikan air di empangan lebih bersih kerana ianya bercampur
dengan air hujan berbanding dengan air mineral Spritzer yang diambil
terus dari bawah tanah. Jadi, macam mana pula kalau sekiranya aku
katakan sumber air yang diambil adalah dari punca air yang berada lebih
400 kaki dibawah tanah? (400 kaki, dalam tu..)

Rumah water pump yang menyedut sumber air – kredit Ben Ashaari
Bukan ke kita sedia maklum bahawa sistem penapisan air yang terbaik adalah sistem penapisan semulajadi a.k.a tanah?
Dan
untuk point yang ketiga, di Malaysia kan dah ada JAKIM. JAKIM ini pula
kan lebih arif dalam bidang agama. Sedangkan mereka sendiri meluluskan
dan memberi sijil halal kepada produk Spritzer, kenapa kita nak jadi
orang yang pertikaikan? Adakah korang sendiri ragu-ragu dengan penilaian
JAKIM? Pautan direktori Halal Jakim bagi carian Spritzer -> www.halal.gov.my
Haa..
Jadi sebelum korang mempercayai satu-satu berita-berita yang tak
diketahui sumbernya, silalah buat sedikit research dulu. Jangan terima
bulat-bulat.
Sekali lagi aku katakan, kilang pemprosesan
Spritzer memang dekat jaraknya dengan kubur cina. Tapi dalam masa yang
sama, ada beberapa faktor lain yang perlu ditimbang tara sebelum kita
menghukumi produk mereka. Bukan apa, takut nanti tersilap cakap dah jadi
fitnah. Fitnah itu kan berdosa.
Fakta tambahan:
- Lokasi kilang Spritzer terletak didalam tanah yang berkeluasan 330 ekar yang bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak.
- Bersebelahan dengan loji air Lembaga Air Perak yang seluas 200 ekar
- Kawasan kilang dan sumber air dikelilingi hutan tropika
- Kedalaman punca air adalah lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah
- Kandungan Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi dalam air Spritzer dapat menyerap aluminium berlebihan didalam badan dan mencegah penyakit Alzheimer
- Pemprosesan sepenuhnya oleh mesin tanpa dikendalikan oleh manusia
- Disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia
- Telah menerima Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award untuk 12 tahun yang berturut-turut
- Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (Botol yang tidak membahayakan pengguna)
- Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate
Related posts
Share this post
0 comments:
Post a Comment