GEMPAR! Penyanyi Berhijab ini Ligat buat Maksiat dengan suami Orang

Posted in ,
No comments
By Anonymous




Dunia hiburan di negara Malaysia kita ini sememangnya penuh dengan kejutan. SS hanya mampu mengurut dada mendengar sikap seorang penyanyi yang sekarang sudah memakai tudung, tetapi rupa-rupanya hanya untuk mengaburi mata masyarakat bahawa dia seorang yang baik dan soleh. Perkara ini sudah semestinya mengejutkan orang ramai. Jom kita ikuti selanjutnya di bawah ini :


Menurut satu sumber SS, penyanyi itu khabarnya bukan saja menduakan suami sendiri, sebaliknya ligat mengganggu rumah tangga orang lain. Dengan erti lain, penyanyi itu cuba memikat suami orang lain yang poketnya tebal dan boleh tahan kacak. Perkara ini perlu dielakkan kerana ia berupaya memecahkan rumahtangga kebahagiaan milik orang lain.

Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana yang ramai sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan sendiri. Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan di sana sini, makan angin dan melepak dengan ‘superfriends’ kesayangannya kalau tidak ada undangan.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpit penyanyi itu bukanlah orang lain, sebaliknya suami kawannya sendiri. Kenapa sampai begitu sekali? Adakah benar-benar dahagakan kasih sayang atau lebih kepada kebendaan?

SS harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri lelaki itu tidak tahan lagi dan terus membuat pembongkaran. Ketika itu barulah sibuk hendak menyorok bawah meja, malah nak sorok di belakang tudung pun dah tak sempat lagi. Admin takmahu bagitahu siapakah orang itu tapi kalau anda semua lakukan sedikit Google search anda akan tahu siapakah orang itu.

SS@Hmetro

Related posts

0 comments:

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat.

Proudly Powered by Blogger.