SIAPA PULAK ARTIS BEBAL NI!!!

Posted in
No comments
By Anonymous


KATA-KATANYA nampak kebal, di sebaliknya terserlah bebalnya. Itu yang Gayah tafsir pada seorang artis wanita yang mempunyai pengaruh tersendiri di persada seni tanah air kita.

Dia cantik dan menarik, komen ke pada wartawan selalu bertenaga tetapi pengakuan kepada umum baru-baru ini, selamba saja dia membuka aib sendiri, walhal apa diluah boleh didakwa kerana membabitkan status dan maruah.

Mungkin dia berasakan dirinya kebal dan apa dilakukan hak peribadinya. Hak peribadi memanglah hak peribadi, tetapi jangan sampai orang mentertawakan diri kita gara-gara bebalnya kita membuka pekung sendiri.

Satu hal yang Gayah tertanya-tanya, tiada siapakah yang memberi tunjuk ajar atau kaunseling, sebaliknya ramai pula mahu berkongsi pengalaman dengannya.

Begitulah zaman sekarang, yang baik dikata bersalah, yang bersalah dikata baik. Ada yang beranggapan apa dilakukan artis itu yang lepas, lepaslah, tetapi sebagai golongan Hawa, semestinya Gayah tercabar emosi sebab kesalahan itu bukan remeh.

Mengikut hukum Islam, si artis itu boleh direjam sampai mati jika sabit kesalahan.

Tidak terlintas Gayah nak mengeruhkan keadaan. Cuma apa Gayah suarakan ini bukan saja buat artis wanita tidak reti malu itu, tetapi dijadikan pengajaran buat artis muda kita sekarang supaya kejadian seperti itu usah diulang lagi.

Pihak persatuan satu pun tidak bersuara. Jika kita persatuan atau orang biasa memandang isu ini sebelah mata, tidak mustahil kelak artis kita berbangga jika mempunyai anak yang statusnya diragui.

Seperkara lagi yang ingin Gayah kongsi minggu ini ialah mengenai penyebaran gambar pelakon lelaki di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Ada kala menyampah pun ada dengan ‘Mamat’ tu. Apakan tidak, sebelum ini pelbagai cerita sedih diluahkan untuk menarik simpati lalu kononnya merajuk dengan peminat gara-gara berasa diri terpinggir. Alih-alih dia sendiri buat hal dengan tindakannya itu, ini kes cakap tidak serupa bikin.

Orang lain dok sibuk menjamah ketupat dengan rendang, dia pula sibuk kepit perempuan ke hulu ke hilir di pelbagai premis hiburan di ibu kota.

Nak dikata dia kaki mabuk tidak tahulah, cuma sedih juga nampaknya tarbiah Ramadan yang baru kita jalani tidak banyak membantu artis lelaki ini untuk menginsafi diri.

Kalaupun artis ini hanya mencari sedikit ketenangan gara-gara hubungannya dengan kekasih kian lerai, bagi Gayah bukan begitu gayanya sebab banyak lagi aktiviti boleh dilakukan, bukan sesuatu yang bakal merugikan diri sendiri.


Related posts

0 comments:

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat.

Proudly Powered by Blogger.